Sunday, 26 February 2017

Bab 3 Tingkatan 5-Negara dan Bangsa




Perubahan konsep negara selepas kedatangan Barat

1.    Penjajahan Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu
       tradisional. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan . Contoh negeri
       Larut, negeri Bernam dan negeri Krian.


2.    Tetapi bagi British sebuah negeri bermaksud kerajaan.

3.    Oleh itu British telah menetapkan sempadan bagi setiap negeri.

4.    Konsep kerajaan kemudiannya semakin luput dan digantikan pula dengan konsep
       negeri . Contoh : Penubuhan kerajaan Malayan Union pada 1946 – merupakan usaha 
       British untuk  menubuhkan sebuah negara dan bangsa yang moden, tetapi ditentang 
       oleh orang Melayu.

5.    Selepas itu British menubuhkan pula Persekutuan Tanah Melayu 1948 – Ia merupakan
       gabungan semua negeri Melayu dan diletakkan dibawah sebuah kerajaan pusat.

6.     Pembentukan Tanah Melayu Meredeka tahun 1957 menjadikan Tanah Melayu sebagai
      sebuah negara baru yang merdeka.

7.     Pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah dan 
       Sarawak.

8.   Kemerdekaan Tanah Melayu (1957) dan penubuhan Malaysia (1963), menjadikan 
      bangsa bagi Tanah Melayu Merdeka dan Malaysia adalah terdiri  daripada masyarakat 
      berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak.

9.    Konsep negara pula ada  merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
       ketatanegaraan atau mereka yang menjadi warganegara kepada sesebuah negara.

10.  Bagi  Malaysia bangsanya dikenali sebagai bangsa Malaysia. Konsep bangsa Malaysia
       mahu dibentuk melalui :-

           a)   penggunaan satu bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia,
           b)   pengamalan kebudayaan kebangsaan
           c)   Rukun Negara
           d)   Sistem pendidikan


KONSEP NEGARA DAN BANGSA



KONSEP NEGARA DAN BANGSA


Takrif konsep negara dan bangsa mengikut system politik Melayu tradisional

1.   Kewujudan sesebuah kerajaan kerana adanya raja.

2.   Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat
      yang mendiami wilayah-wilayah dibawah kekuasaannya.

3.   Sebagai balasan, rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima
      dan mengakui kekuasaan raja.

4.   Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan sesbuah kerajaan atau
      wilayah yang diperintah oleh seseorang raja tersebut.

5.   Rakyat kerajaan Melayu tradisional terdiri daripada orang Melayu sahaja.

6.   Negeri bererti kawasan yang kini bermaksud daerah

7.   Kerajaan yang kuat akan menakluk dan menaungi kerajaan-kerajaan yang lemah. Dengan
      cara ini sesebuah kerajaan itu dapat meluaskan empayarnya. Contoh empayar Kesultanan
      Melayu Melaka dan empayar Melayu Johor.