Sunday, 26 February 2017

Bab 3 Tingkatan 5-Negara dan Bangsa




Perubahan konsep negara selepas kedatangan Barat

1.    Penjajahan Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu
       tradisional. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan . Contoh negeri
       Larut, negeri Bernam dan negeri Krian.


2.    Tetapi bagi British sebuah negeri bermaksud kerajaan.

3.    Oleh itu British telah menetapkan sempadan bagi setiap negeri.

4.    Konsep kerajaan kemudiannya semakin luput dan digantikan pula dengan konsep
       negeri . Contoh : Penubuhan kerajaan Malayan Union pada 1946 – merupakan usaha 
       British untuk  menubuhkan sebuah negara dan bangsa yang moden, tetapi ditentang 
       oleh orang Melayu.

5.    Selepas itu British menubuhkan pula Persekutuan Tanah Melayu 1948 – Ia merupakan
       gabungan semua negeri Melayu dan diletakkan dibawah sebuah kerajaan pusat.

6.     Pembentukan Tanah Melayu Meredeka tahun 1957 menjadikan Tanah Melayu sebagai
      sebuah negara baru yang merdeka.

7.     Pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah dan 
       Sarawak.

8.   Kemerdekaan Tanah Melayu (1957) dan penubuhan Malaysia (1963), menjadikan 
      bangsa bagi Tanah Melayu Merdeka dan Malaysia adalah terdiri  daripada masyarakat 
      berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak.

9.    Konsep negara pula ada  merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
       ketatanegaraan atau mereka yang menjadi warganegara kepada sesebuah negara.

10.  Bagi  Malaysia bangsanya dikenali sebagai bangsa Malaysia. Konsep bangsa Malaysia
       mahu dibentuk melalui :-

           a)   penggunaan satu bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia,
           b)   pengamalan kebudayaan kebangsaan
           c)   Rukun Negara
           d)   Sistem pendidikan


KONSEP NEGARA DAN BANGSA



KONSEP NEGARA DAN BANGSA


Takrif konsep negara dan bangsa mengikut system politik Melayu tradisional

1.   Kewujudan sesebuah kerajaan kerana adanya raja.

2.   Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat
      yang mendiami wilayah-wilayah dibawah kekuasaannya.

3.   Sebagai balasan, rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima
      dan mengakui kekuasaan raja.

4.   Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan sesbuah kerajaan atau
      wilayah yang diperintah oleh seseorang raja tersebut.

5.   Rakyat kerajaan Melayu tradisional terdiri daripada orang Melayu sahaja.

6.   Negeri bererti kawasan yang kini bermaksud daerah

7.   Kerajaan yang kuat akan menakluk dan menaungi kerajaan-kerajaan yang lemah. Dengan
      cara ini sesebuah kerajaan itu dapat meluaskan empayarnya. Contoh empayar Kesultanan
      Melayu Melaka dan empayar Melayu Johor.


Tuesday, 24 January 2017

TOKOH TOKOH MAJALAH AL IMAM

Penggerak Al-Imam
Para pendukung Al-Imam ini  bukan berdarah Melayu tempatan kecuali Haji Abbas bin Mohd Taha. Kebanyakan mereka berketurunan Arab. Hal ini mungkin meragukan beberapa pihak kerana mungkin akan menimbulkan persoalan kerana mereka bukan orang Melayu tempatan,maka bolehkah mereka dianggap sebagai pemimpin Melayu.? Biarpun ia menjadi persoalan tetapi sumbangan tokoh-tokoh ini sangat besar dalam menjana pemikiran masyarakat Melayu .

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin
Beliau dilahirkan di Kota Tua, Ampek Angkek, Tanah Minangkabau, Sumatera Barat. Beliau berketurunan bangsawan dan ulama Melayu Minangkabau  yang pernah mendapat pendidikan di Makkah dan kemudiaannya di Al-Azhar Mesir dari tahun 1895 hinggalah tahun 1899. Di sana beliau telah diawasi oleh sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib,seorang imam di Masjidil Haram. Pada tahun 1899 beliau kembali ke tanah air tetapi tidak terus ke Minangkabau sebaliknya ke Perak. Di Perak beliau telah berumahtangga  dan berkhidmat dalam masyarakat setempat. Beliau telah menganggotai Ahli Meyuarat  Orang-orang Besar Perak.Seterusnya beliau berhijrah ke beberapa tempat seperti Singapura dan Johor. Di sana beliau telah bertemu dengan beberapa orang yang mempunyai pengaruh di dalam gerakan Islah. Begitu juga hubungan rapat yang sering dilakukan oleh negara Singapura dan Mesir serba sedikit memberi kefahaman dan pengetahuan kepadanya untuk mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh pemimpin di Timur Tengah. Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin dalam menerbitkan Al-Imam memang besar. Hubungannya dengan Ketua Pengarang Al-Manar mungkin membawa banyak manfaat kepadanya bagi mengendalikan penerbitan Al-Imam

Syed Syeikh Al-Hadi.
Dilahirkan pada 25 Rejab tahun 1281 hijrah bersamaan 1867 masihi di Kampung Hulu, Melaka. Bapa Syed Syeikh bernama Syed Ahmad bin Hassan al-Hadi, berbangsa Arab daripada keturunan Hadramaut.Ayahnya Syed Ahmad dan nendanya Syed Hassan bin Saggaf al-Hadi juga dilahirkan di Melaka. Bapanya Syed Ahmad telah mendirikan rumahtangga dengan perempuan Melayu Melaka pada 1275 hijrah dan dikurniakan tujuh orang anak. Syed Syeikh merupakan anak yang keempat.Sejarah susur galur dan jurai keturunan Syed Syeikh seperti juga golongan Syed yang lain di Tanah Melayu memiliki keistimewaan yang tersendiri dan dihormati masyarakat.Ketika itu golongan Syed amat berpengaruh dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan agama di Tanah Melayu. Oleh itu tidak hairanlah kalau Syed Syeikh merupakan putera Melayu keturunan Arab yang berpengaruh dan berkedudukan di kalangan bangsawan dan golongan feudal di Melaka. Manakala dari segi pendidikan, Syed Syeikh memulakan pembelajarannya di Sekolah Melayu Settlements, Melaka. Kemudian berhijrah ke Pulau Penyegat (Riau) sewaktu berumur 14 tahun bersama dengan keluarganya. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran bagi mendalami ilmu agama dan bahasa Arab di sekolah pondok di Kuala Terengganu. Seterusnya beliau telah dihantar ke Makkah untuk belajar dan tinggal di sana selama beberapa tahun. Sekembalinya dari tanah suci, beliau terus menetap di Pulau Penyengat dan berkahwin dengan sepupunya iaitu Syarifah binti Muhammad al-Hadi.

Kemudian sehingga tahun 1906 apabila Al-Imam diterbitkan, Syed Syeikh telah ke Mesir sebanyak dua kali.Kali pertama mengiringi keluarga Sultan Riau ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji.Setelah melakukan ibadat itu, mereka telah melawat Kaherah, Mesir. Peluang kedua beliau ke Mesir adalah bersama dengan Syeikh Tahir Jalaluddin. Lawatan kali ini lebih bermakna kerana yang bersama dengannya iaitu Syeikh Tahir mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan tokoh-tokoh Islah terkemuka terutama Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.

Haji Abbas Mohd Taha.
Tokoh ini telah dilahir pada tahun 1885 di Tanjung Pagar, Singapura. Berketurunan Minangkabau dan menghabiskan masa mudanya belajar di Mekah dan kembali ke Singapura pada 1905.  Sebelum bertugas sebagai pengarang Al-Imam beliau pernah bekerja sebagai guru agama dan imam masjid Tanjung Pagar. Pernah juga menjadi kadi besar di Singapura. Beliau menerbitkan akhbar Neracha pada tahun 1910 dan diikuti majalah Tunas Melayu pada tahun 1913. Kedua-dua akhbar ini meneruskan cita-cita yang diperkenalkan oleh Al-Imam. Ini meletakkan beliau sebagai seorang ulama dan tokoh Islam yang berjaya menyambungkan Islah Islam yang diasaskan oleh Al Imam. Akhirnya sejak dari tahun 1940 beliau  menjadi guru agama di Selangor dan Mufti di Pahang.


Mohd Salim al-Kalali
Riwayat hidup Syeikh Salim ini masih kabur tetapi beliau memainkan peranan yang sangat penting dari segi kewangan. Beliau bergiat dalam bidang perniagaan di Singapura. Semasa Al-Imam diterbitkan, beliau memainkan peranan sebagai penerbit dan pemiliknya. Ia diiktiraf oleh Straits Settlement Government Gazetes. Syeikh Mohd Salim merupakan mudir pertama Al-Imam manakala Syeikh Tahir, Syed Syeikh Al-Hadi dan Haji Abbas bin Muhammad Taha sebagai pengarangnya.

Nama Al-Imam itu sendiri adalah mengambil sempena nama gelaran Syeikh Muhammad Abduh, tokoh reformis besar dari Mesir. Menurut penganjur-penganjur Al-Imam ini, mereka memang cintakan negara ini dan menganggap Tanah Melayu sebagai negeri mereka sendiri. Mereka telah menyesuaikan diri dalam masyarakat Melayu dan telah hidup bercampur gaul dengan orang Melayu. Hidup mereka telah sebati  dengan keadaaan dan cara hidup orang Melayu. Syeikh Mohd Salim Al Kalali pernah berkata “sudah minum kami akan air susunya dan telah tumbuh daripadanya daging darah kami dan telah terbit daripadanya kenikmatan dan kesenangan kami. Tidakkah terhutang budi kami kepada negeri ini dan anak-anaknya.”

            Dengan sebab itu Al-Imam merasakan adalah kewajipannya dalam menyedarkan orang Melayu dan memberi petunjuk serta bimbingan kepada mereka. Ia berasa bertanggungjawab untuk mencegah orang Melayu terutama golongan pembesar daripada khayalan dan kelalaian yang telah menyebabkan kemunduran dan kehinaan bangsa dan tanahairnya. Sebab itulah akhbar yang diterbitkan di namakan Al-Imam (pemimpin).  

SUMBER RUJUKAN 
 Sohaimi Abdul Aziz, Syeikh Tahir Jalaluddin Pemikir Islam, Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2003

Talib Samat, Syed Syeikh Al-Hadi;Sasterawan Progresif Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992

William R.Roff, The Origins Of Malay Nationalism, Kuala Lumpur, University Of Malaya Press, 1967

Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarah Orang Syed Di Pahang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984

A.Z. Ariffin, Al-Imam Syeikh Muhammad Abduh, Mimbar Islam, Oktober 1973


Thursday, 12 January 2017

MAKANAN BERANGIN


JENIS-JENIS MAKANAN BERANGIN


Perut masuk angin weh..
rasa taksedap perut kan
kembung je..kentut tak mahu
ape kumakan sampai jadi cenggini
orang lain aku tak tau la tapi kalau aku makan benda berangin ni menangkap kat bahu
(he he he maksudnya sakit or lenguh-lenguh kat bahu)

rope-ropenya banyak makanan yang berangin weh..ate idokle teman tahu...
bila udah kena baru le mencari ape puncanya..
mengikut kata mak teman benda-benda ni jangan harus kome kalo badan jenis berangin


1. Lemang atau pulut- memang tertusuk menusuk le anginnya

2.buah cempedak d luar pagar....nangka...sukun..pisang abu

3.kacang panjang..rebung..pucuk paku...pucuk ubi..bunga kantan

4.teh o ...teh susu...nescape